Followers

Monday, November 28, 2011

mOOd MALASSSSS


Sy takde mood nak berblog...klu ikutkan byk cerita nak dipublish tapiiiiiiiiiiii sy malasnyeeee nak menaip dan mengarang ayat......huhuhuhuhuhuhuhu....


Tunggu MooD Rajin datang.......

Tuesday, October 11, 2011

GADIS seperti aku - shila Amzah

Saya suka tgk dan dgr suara shila amzah nieeee.....good looking...suara pun sedap......

Saya jumpa video nie shila amzah ni dlm you tube......best gak...sedap didengar......

okaylah...layankan aje....








 Memang takkan Ada gadis seperti aku Tapi yang lebih baik banyak Memang takkan Ada gadis sehebat aku Tapi yang lebih hebat banyak Maka tak perlu Kau susah hati Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih Untuk Kau jadikan sandaran hati Memang takkan Ada gadis seseksi aku Tapi yang lebih seksi banyak Memang takkan Ada gadis secomel aku Tapi yang lebih comel banyak Maka tak perlu pujuk rayu itu Jangan sampai Kau rendahkan dirimu Memaksa aku 'tuk jadi pacar mu




Oh baby2, Jangan Kau marah sebab ku tolak Ku tahu kamu kaya Dan baik Budi bahasa Ku yakin pasti Ada Gadis yang Akan suka Oh baby2, Jangan Kau dendam sebab ku enggan Bercinta aku mau tapi tidak dengan mu Ku sudah Ada satu kekasih yang menunggu Ceritanya aku mau belajar setia Makanya Dari itu kamu jangan memaksa Karna aku memang tak bisa mendua








Sunday, October 9, 2011

Layan Jiwa dan Lara






Mesti skang nie org sedang melayan slot Drama Samarenda JIWA DAN LARA.....yang ditayangkan setiap hari Selasa hingga Khamis.......


Best jugak citanyeeee......dulu time mula2 tayang aku tak tengoklah...sebab time nie time aku menidurkan anak lepas tue dengan mak2 sekali tido........tapi disebabkan kawan2 kat ofice duk bercerita pasal drama nie.....aku pun rasa teruja nak tgk gak....

Biasalah biler dah tgk sekali mesti sangkutnye.....nak tgk lagi dan lagi.......terpaksalah tunda waktu tido...kwang...kwang....

Jom kita tgk dulu sinopsis cita nie

Sinopsis Jiwa dan Lara


Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang ni iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an lagi hingga kini. Zaman(lakonan Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya lepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri bersembunyi di ladang getah.
Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir , bos tempat dia kerja di ladang getah tu.
Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa( lakonan Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA(lakonan Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman, dan terlanjur.
Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa, dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini anak tunggal bos, bernama MARINI (lakonan Faezah Elai) dia sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.
Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.
Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dia telah menukarkan nama kepada Bakhtiar Murshid, dan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.
Jiwa mula menjejaki Lara kekasih dia yang amat dicintai dulu…



*Macam tak sesuai jea aaoron aziz jadi org jahat...patutnye fauzi nawawi jadi org jahat sebab muka dia mmg sesuai jadi org jahat...kan...kan....but lakonan aaron aziz menjadi gaklah jadi org jahat........lain dari watak2 dia sebelum..nie....cayalah aaron aziz....


p/s Skang nie jadual aku didepan tv...... hari Isnin hingga Khamis...pukul 7.00 hingga 8.00pm tgk cita Soffiya....klu hari Selasa pukul 9.00 pm tgk cita Cinta Elysa.....hari Selasa hingga Khamis pukul 10.00pm tgk cita Jiwa dan Lara.....setiap hari Jumaat pukul 9.00pm tgk cita Tahajjud Cinta........peh!!! padat jadual!!!!!!tak layan mana anak n suami.....huhuhuhuhuhuhuhu


Wednesday, October 5, 2011

Homework......


Ini Kisah anak saya yang sulung.....Syasha.......baru berusia 6 tahun...tapi saya dah masukkan dia kat madrasah......kira awal setahunla....maknanye syasha darjah 1 pada usia 6 tahun......

Saya nak cerita syasha nie teramatla malasssss nak buat homework.....kadang2 tue kena tanye 10 x baru dia jawab ada kerja sekolah.....itu pun dah pukul 10mlm......Sakitnyeee hati saya klu dengar dia kata "Ibu...kakak ada kerja sekolah.....klu tak buat nnti cikgu marah".....aku kerling kat jam pukul 10.00mlm.......aduhai....mata aku nie dah tak blh nak bukak dah....nak tido adik2 lagi.......fening2......last2 aku kata.......biar cikgu marah......hehehehehheheehe.......

Untuk menyelesaikan masalah tue......aku pun search internet dan jumpa nieeeeeeeee :

Cadangan untuk kanak2 membuat kerja sekolah :
01.Kanak-kanak memerlukan struktur dalam kerja rumah.
Bagi kanak-kanak kecil seperti anak Puan, Puan digalakkan untuk memperuntukkan masa selama setengah jam atau 45 minit khas untuk memastikan anak Puan menyiapkan kerja rumahnya (Puan boleh mengurangkan masa tersebut jika ia terlalu lama untuk anak Puan).
Gangguan seperti televisyen perlu dielakkan 100%. Berikan tempoh masa itu satu nama yang menarik.
Contohnya dalam keluarga kami, ia dinamakan 'The Golden Hour.' Kami akan berkumpul bersama dan setiap orang akan mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja rumah atau membaca buku dan lain-lain. 
Anak Puan boleh membuat kerja rumah sambil adik-adiknya main conteng-conteng atau membaca buku atau aktiviti lain yang berkaitan. Idea ini bertujuan untuk membuatkan dia berasa disokong dan tidak rasa terasing atau sunyi.  
02.Kanak-kanak akan merasa keberatan apabila yang diberi terlalu susah. Pastikan ini tidak berlaku kepada anak Puan.

03. Tunjukkan minat terhadap apa yang dipelajarinya. Bincangkan apa yang dia belajar di sekolah termasuklah kerja rumah yang dibuatnya. Jadi, sekolah dan kemampuan menyiapkan kerja rumah menjadi sumber kebanggaan bagi dia.
04.Kanak-kanak amat responsif terhadap galakan atau encouragement. Elakkan diri puan dari mengkritik anak-anak. What gets noticed gets done. Jadi, cari peluang untuk memberi galakan kepadanya, sekecil mana sekalipun.
05.Jadikan aktiviti membuat homework sesuatu yang menyeronokkan. Anak puan masih kecil. Cari cara-cara kreatif supaya membuat kerja rumah adalah sesuatu yang menarik dan bukan sesuatu yang membosankan. Cuba kaitkan apa yang dia pelajari dengan kehidupan seharian.

Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu aku untuk menangani masalah nie........insyaallah...........................

Tuesday, October 4, 2011

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?



Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik. 
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Kalau kat malaysia nie....of course la artis yang akan nampak kecantikannye.......klu sy jadi artis msti cantik jugak kan......kwang..kwang...kwang........bagi sayalah artis yang mendapat tempat di mata saya adalah seperti berikut :

Neolofa.....pheeewitttttt...cantik apa......


Ayu raudhah......suka sangat tengok dia....semua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.......


Rita Rudaini........natural beauty.........sejuk mata memandang....


Heliza Af5.....dari masuk af sampai skang.......suka tgk matanye......pakai apa pun tetap cantik....tak payah seksi2 pun tetap cantik gitu...hehehheh


Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
sumber i luv islam

Monday, October 3, 2011

Tragedi di bulan September 2011


Tragedi yang tak diduga telah terjadi di tempat aku bekerja......

Sejak 2 menjak nie....kat Kuala Terengganu...tiap2 malam hujan dicampur dgn ribut.....takut jugak...walaupun duk dlm umah tetapi kat luar umah petir dan guruh berdentum2......semoga allah melindungi kami sekeluarga dari bencana yang tak diingini.....amin.....

Minggu lepas saya mc 2 hari akibat keuzuran yang tak dijangka......biler saya balik ofice selepas 2 hari itu.....kecoh sekejap kat ofice.....Bomba datang...JKR datang......apa ke hal nie...rupa2nye......YA ALLAH....OFFICE AKU!!!!!!(terkejutlah konon)


gayat wei....


terbentang luas pemandangan di bawah


comel gak....


kaca2 bertaburan

Begitulah keaadaan di bilik mesyuarat office aku.....aku rasa heran gak...macam mana boleh terlopong sampai macam tue......sebab office aku kat tingkat 9 dari 13 tingkat.....yang runtuhnye hanye tingkat 9......pelik..pelik....takut pun ada.....sebab betapa tak kukuhnye pembuatan dinding di bangunan yang setinggi 13 tingkat.....ish...ish...ish....biler lah bos aku nak suruh tukar pejabat kat bangunan lain nie.....gerun i  !!!!!......bayangkan klu tiba2 ribut datang time org bekerja.....oooooooo tak dapat dibayangkan.....Semoga Allah melindungi kami semua dari bencana yang tak diingini itu...aminnnnn......

Sunday, October 2, 2011

Danga Bay Resort............................


Org Terengganu panggil benda "alah" kat bawah ni sebagai "DANGA:"


tapi bagi saya benda "alah" ni dipanggil sebagai pondok....hehehheheehe......
Pondok ni hasil titik peluh en. hubby.....satu hari suntuk duk mengerjakan benda nie.....dan hasilnya seperti diatas.....best gaklah sebab ada tempat kat luar tuk lepak2 n minum petang.....dan my baby twin pun boleh dilepaskan tanpa perlu dijaga kerana ada pagar yang mengepung......:)


kakak yang dah macam anak org asli kg bukit....huhuhuhuhuhu


main masak2......mainlah apa2 pun....nak tunggang terbalik pun takpe....huhuhuhu

Aku mengimpikan pondok seperti dibawah dihalaman rumahku......


cantikkan........sungguh tenang rasanye klu lepak kat sini sambil mkn biskul cicah teh o.........:)
tak dapat yang diatas yang dibawah ni pun takpe.....



tapi klu tak boleh gak di atas nie...............sy nak jugak mcm yang kat bawah nie.....hehehhehehehhehe


dah macam pondok rehat kat atas highway jea....

Semoga Impian untuk Rumahku Syurgaku tercapai...:)

Monday, September 26, 2011

Tafsir Mimpi.....



“HAKIKAT MIMPI MENURUT ISLAM”


Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.”
Riwayat Muslim.

Apa itu mimpi?

Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah jenis mimpi?

Mimpi mempunyai 3 jenis:

1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada
yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.

2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga
terbawa-bawa di dalam tidur.

3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau
menyedihkannya.

Apa dalilnya?

Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:

1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.

2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan.

3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.”
Riwayat Syaikhani

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk
datang dari syaitan.

Bilakah waktu yang paling benar mimpinya?

Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari
Allah dan diamnya syaitan.
Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir
matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare?

Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.

Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk
menyebabkan anak Adam menjadi sedih.” Siapakah yang mimpinya paling benar?

1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.

2. Orang soleh: Selalunya benar.

3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.

Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka.
Keadaan dan sifat mereka!!!

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar?

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.

2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk
mentafsirnya.

3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi
anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk?

1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan
mimpi itu.

2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.

3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk menghalau dan menghina syaitan
yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana
menggambarkan kesungguhan….

4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi
bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahu
a’lam!!

5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.

7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?

Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat
dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan
nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya?

Haram dan berdosa. Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar?

1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak.

2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk.

3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.

4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur.

a. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup di
tangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan
kepala, muka dan seluruh tubuh. Sapu tiga kali.


p/s : Saya mimpi benda yg sama 2 mlm berturut-turut.....biler search dlm internet...alamat yg tak baik jugak....saya berdoa semoga Allah menjauhkan saya dan keluarga saya dari benda-benda yang tak baik itu.....amin....tolong doakan saya jugak....:(

Friday, September 23, 2011

Hari Raya 2011



Rasanye mmg dah lambat saya nak publish cita pasal hari raya 2011.....hehhhehhehehe...mood nak mengarang tak timbul2 dlm dari sy....:)....campur dgn busy melayan twin.....walaupun dah basi tapi sy cita gaklah pasal hari raya saya bersama keluarga tersayang.......sbb semua org ada cita pasal hari raya takkan blog sy takde pulak kan...tak acilah.....:P

Tahun nie saya beraya kat S.Alam Selangor.....patutnye tahun ni sy beraya kat trg.....tapi disebabkan tahun lepas sy sarat mengandung si twin.....tak dapatlah sy beraya di s.alam...tak sanggup wei nak tempuh perjalanan 8 jam dgn perut memboyot.......huhuuuhuhuhu.....
dan yang paling bestnye.....saya akan beraya 2 tahun berturut2 di s.alam sebab nak kembalikan rotate balik kg pada yang normal.......hehehheheehhe...tak faham.....takpelah biar sy saja yang faham.....:)

Agenda di hari raya pertama......duk umah tunggu org dtg umah......ditambah dgn mals nak gi raya umah org sebab makanan di rumah pun byk.....biler dah mkn banyak2.....badan pun rasa berat...mata pun rasa ngantuk....hehheehhe


family tersayang...along family je takde...sbb beraya di perak


1st raya bagi twin.....happy!



kakak n adik


buah hati pengarang jantungku....
harta2 yg tak ternilai tuk saya dan hubby

me n hubby tercinta......warna tema tahun 2011 grey


Raya kedua.....pagi2 lagi saya dan keluarga serta adik dan mak saya telah bertolak balik ke kg saya di Pasir panjang......sungguh ramai sekali mak2 sedara dan sepupu yang dtg beraya kat umah mak andak....best....perjumpaan setahun sekali....



on the way balik kg.......


betapa saratnye keta.......nak kena beli kereta besar nie....huhuhuhuhuhu :)


kakak yang suka posing......


Raya ketiga....pagi2 lagi kita org gi beraya kat umah sedara mara sekitar k.l....klang.....n banting....peh! penat giler...balik umah tido...zzzzzzz

Raya keempat tak gi mana2...sebab mlmnye sy dah bertolak balik ke trg.....but pagi tue sempat gi raya umah pak teh kat seksyen 24 s.alam.....

oklah......setakat nie je citer raya tuk tahun 2011...berjumpa kiter lagi di citer raya 2012....hehhehehehheheh


p/s raya ketiga n keempat tak ambik gambar sebab malas dah nak bergambar....makan lagi sodap......