Followers

Monday, January 18, 2010

Bubur Asyura Terengganu

Cuti minggu lepas mother in law aku telah mmbuat bubur asyura bersama dengan geng2 seangkatannyee........buat 1 kuali jea.......sebelum aku dtg trg aku mmg tak pernah makan dan tengok bubur asyura nie......yg aku tahu bubur lambuk.....tue pun time bulan puasa.......so sempena selama 5 tahun aku menetap di bumi trg...nie.....aku kenalah gak tahu pasal bubur asyura nie......sbb nnti klu org tanye aku leh jawab...hehhehehhe.......:p




dapat snap pic selepas semuanyeee selesai.....huhuhuhu...tulah pondok buruk kesayangan hubby aku........comel tak :P

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Jenis bubur Asyura

  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.


Disinilah lokasi membuat bubur asyura.......hahahhaha


Pada hari MIL aku buat asyura nie aku tak dapat nak tgk...sbb.....hehehheheh..biasalah cuti hujung minggu....zzzzzzzzz.......so kau sempat lah kacau sikit jea......aku pun tak minat nak mkn bubur asyura nie.....sbb baunye sungguh menyengat hidung......tapi aku leh makan bubur asyura yg k.anida buat....alah kwn aku 1 ofis......sbb dia punya bubur asyura tidak berbau rempah......kira blh masuk lah kat dalam tekak aku nie......Nak tahu resepi bubur asyura nie......ni dia aku dapat dalam internet...huhuhuhu

Bahan-bahan:

1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:

1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Taraaaaaa...nie dia bubur asyura yg siap untuk dimakan.......












p/s: bubur asyura diatas yg MIL aku bagi smpai skang ada dlm peti ais umah aku...smpai bila nak duk dlm tue aku pun tak tahu..........any idea??????hehhehehhe

No comments: