Followers

Sunday, August 16, 2009

Syamil berwajah baru...................

jeng....jeng....jeng.....syamil dah botak......hari jumaat lepas aku n hubby telah menjalankan operasi membotakkan rambut syamil....mesti org tertanya2 kenapa baru skang nak botak.....kenapa tak time lahir dulu...jawapannye....

1) sebenarnye..aku tak nak cukur rambut syamil sebab dia pun tak berapa nak ada rambut...so sayang...nak cukur kepala...
2) takde orang yang memaksa aku mencukur rambut syamil

tapi...beberapa hari lepas mak mertuaku telah mensound aku n hubby bahawa klu baby tak cukur jambul nnti akan mengganggu amal jariah di akhirat kelak...lebih kurang gitulah kata mak mertua ku..... tapi untuk menentukan kesahihannye aku telah mencari dlm internet hukum mencukur rambut bagi bayi...dan inilah hasilnye.....

'Di dalam Islam, amalan mencukur rambut bayi, menyembelih haiwan (akikah) dan memberinya nama pada hari ketujuh kelahirannya, hukumnya adalah sunat. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat'


tanpa membuang masa aku n hubby telah mengambil langkah untuk mencukur rambut syamil...payah jugaklah nak membotakkan syamil nie....sebab dia tak duduk diam......dari nak cukur kat bawah pokok tukar ke dlam rumah depan kipas...tak jadi jugak lama2 cukur dalam bilik air....maybe dia rimas rambut2 yang melekat kat tubuh dan muka dia.....itu pun tak boleh cukur licin ada bertapok2 jugak...



Sebelum


Selepas




aik macam sama jea.......



No comments: