Followers

Sunday, August 23, 2009

Drama Nur Kasih........

Korang semua suka tak tengok drama nur kasih..alah yang tiap-tiap hari jumaat mlm sabtu tue....best giler......giler tak best gitu...bagi akulah.....sapa2 yang tak tgk lagi cita nie aku sarankan tgklah cita nie....gerenti menyentuh perasaan bagi yang ada perasaan lah......nak dijadiakan cita...malam sabtu lepas kan permulaan sembahyang terawih...so aku pun nak gilah kononnye sembahyang terawih walaupun dlm hati kata nak tgk cita Nur Kasih....takpe2 nnti aku download dlm you tube (gitulah hati aku berkata2)....aku pun pergilah sembahyang isyak dulu.....tak habis lagi rakaat 4 syamil pun nangis....dukung pun tak nak bagi susu pun tak nak....so aku pun decide bawak balik jelah.....maybe dia nangis sebab ramai sgt budak2 kerumun dia....sampai je rumah terus bukak tv...molek pulak syamil main kat rumah......huhuhuh...syamil mcm tahu2 jea...ibu dia nak tgk tv kat rumah..hahahahah....tulah tak ikhlas tue nak gi sembahyang....takpe2.. besok ada lagi nak gi sembahyang terawih.....oklah jom checkout sinopsis yang aku copy nie.....


Episod 1

Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat.

Episod 2

Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina.

Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia.

Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil.

Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya

Episod 3

Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur.

Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera.

Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparny

Episod 4

Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan

Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.

Episod 6

Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.

Episod 8

Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.

Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

Episod 9

Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.

Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.

Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol

Episod 10

Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.

Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.

Episod 11

Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.

Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.

Episod 12

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.

Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.

Episod 13

Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.

Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.

Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam

Episod 14

Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.

Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.

Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia






No comments: