Followers

Sunday, August 23, 2009

Drama Nur Kasih........

Korang semua suka tak tengok drama nur kasih..alah yang tiap-tiap hari jumaat mlm sabtu tue....best giler......giler tak best gitu...bagi akulah.....sapa2 yang tak tgk lagi cita nie aku sarankan tgklah cita nie....gerenti menyentuh perasaan bagi yang ada perasaan lah......nak dijadiakan cita...malam sabtu lepas kan permulaan sembahyang terawih...so aku pun nak gilah kononnye sembahyang terawih walaupun dlm hati kata nak tgk cita Nur Kasih....takpe2 nnti aku download dlm you tube (gitulah hati aku berkata2)....aku pun pergilah sembahyang isyak dulu.....tak habis lagi rakaat 4 syamil pun nangis....dukung pun tak nak bagi susu pun tak nak....so aku pun decide bawak balik jelah.....maybe dia nangis sebab ramai sgt budak2 kerumun dia....sampai je rumah terus bukak tv...molek pulak syamil main kat rumah......huhuhuh...syamil mcm tahu2 jea...ibu dia nak tgk tv kat rumah..hahahahah....tulah tak ikhlas tue nak gi sembahyang....takpe2.. besok ada lagi nak gi sembahyang terawih.....oklah jom checkout sinopsis yang aku copy nie.....


Episod 1

Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat.

Episod 2

Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina.

Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia.

Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil.

Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya

Episod 3

Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur.

Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera.

Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparny

Episod 4

Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan

Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.

Episod 6

Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.

Episod 8

Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.

Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

Episod 9

Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.

Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.

Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol

Episod 10

Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.

Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.

Episod 11

Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.

Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.

Episod 12

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.

Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.

Episod 13

Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.

Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.

Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam

Episod 14

Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.

Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.

Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia






sayang kakak................

comelnye kakak aku nie.......
l

posing dulu...... senyummmm

Sayang kakak...muah...muah....muah...muah.....ambik ko...... nak sangat dukung aku ambik air liur aku nie


Eh...tingginye......aku.....


Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyanbut Ramadan Al-Mubarak




Tinggal lagi 2 hari kita akan menyambut bulan Ramadan yang mulia ini......so sebelum menjelang bulan ramadan ni makanlah apa2 yang patut dimakan pada siang hari sebelum kita berpuasa.....tahun nie alamatnye kenalah ganti puasa..sebab tahun lepas aku pregnant so aku hanya ponteng puasa 1 hari jea.....nak ganti puasa yang 1 hari tue punyalah payah.......tapi ganti tetap ganti cuma lambat jea....huhuhu.....tahun nie rasanye....seronak sikit puasa rasanye sebab puasa di dapur baru bukan rumah baru hahahah apa yang penting dapur baru....sedp sikit nak mamasak...kononnyelah so kenalah berhempas pulas memasak didapur..nak beli pun boring jugakkan.....tahun nie pun aku kena bangun sahur sebab aku n hubby aku tak tahan klu tak sahur....nnti perut masuk angin n memulas2...sakit gastriklah katakan....bila jadik macam nie ingat time zaman kecik-kecik dulu puasa...sahur mmg tak pernah langsung tapi yang peliknye...perut nie boleh tahan jugak...tapi bila dah tua nie masuk time 12.00am perut dah mula menyanyi....huhuhu....Puasa tahun nie nak berazam untuk pergi sembahyang terawih.....klu boleh nak gi tiap-tiap mlm tak tahulah tercapai ke tak...sebab anak kecik nie payah jugak....klu tgh sembahnyang dia menanggis kelibut jugak rasanye.....oklah panjang pulak celoteh....dikesempatan ini saya nak ucapkan SELAMAT BERPUASA...SEMOGA PUASA DAN AMAL IBADAT KITA DITERIMA ALLAH S.W.T






Sunday, August 16, 2009

Family day JPPH TRG

08/08/2009 office aku telah mengadakan family day di Taman Pertanian Sekayu Terengganu....sebelum ini ada banyak permintaan daripada staf2 JPPH untuk mengadakan family day di macam-macam tempat.....antaranye...cameron highland, pulau redang, pulau perhentian......dan lain2 yang aku tak sampai hati nak sebut....sebab last2...sekayu jugak yang menjadi pilihan....sedih sungguh rasanye....bila tanye AJK yang bertanggungjawab...jawapan yang diberi...TAKDE BUDGET........anyway ada gak family day daripada tak ada....BETUL TAK???? So aku n family telah pergi menyertai family day tue...aku rasa family aku yang lambat sekali sampai..nak buat mcm mana ada 2 askar yang perlu disiapkan....sampai2 jea aku kat sana terus kena masuk pertandingan baby cantik....huhuhuh.....tapi nasib tak menyebelahi syamil sebab ada baby lebih cantik....hua..hua..hua...takpelah....yang penting syamil tetap cantik dihati ayah n ibu...huhuhu.....(love u syamil)...


pertandingan baby cantik yang tak berapa nak cantik.........

macam-macam baby ada........

Lepas tue...syasha pulak masuk pertandingan isi air dalam botol menggunakan span.....kelakarlah jugak tgk gelagat syasha..tak caya tgk nie.....


Di garisan permulaan....


lari laju sangat.....


isi air dlm botol


over mak ayah dari anak

sungguh2 tue isi


mula2 isi air dulu


lepas tue tgk org pulak

Dan apa yang penting tengok orang dulu..lepas habis org isi air baru dia isi air pulak...mcm mana nak menang..pandai pulak bisik dgn ayah mana no syasha nye......macam mana nak menangnye...cerdik sungguh anak aku nie........ Disebabkan sukaneka nie dibuat di tengah padang....so panas nye jangan cakaplah....nasib baik ada pokok besar sejuk sikit bila duk bawah pokok tue......lain acara2 aku tak dapat nak masuk bertanding sebab busy layan anak yang kepanasan.....last2 duk dlm keta pasang aircond.... kesimpulannye best jugaklah family day nie..sebab dapat mengeratkan silaturrahim antara staf2 JPPH dan keluarga masing2......yang penting dapat hamper.....huhuhuhu


aktiviti2 yang dijalankan di atas padang......


dukung anak jelah....


duk dlm khemah pun panas jugak...


acara memberi hadiah.....




Syamil berwajah baru...................

jeng....jeng....jeng.....syamil dah botak......hari jumaat lepas aku n hubby telah menjalankan operasi membotakkan rambut syamil....mesti org tertanya2 kenapa baru skang nak botak.....kenapa tak time lahir dulu...jawapannye....

1) sebenarnye..aku tak nak cukur rambut syamil sebab dia pun tak berapa nak ada rambut...so sayang...nak cukur kepala...
2) takde orang yang memaksa aku mencukur rambut syamil

tapi...beberapa hari lepas mak mertuaku telah mensound aku n hubby bahawa klu baby tak cukur jambul nnti akan mengganggu amal jariah di akhirat kelak...lebih kurang gitulah kata mak mertua ku..... tapi untuk menentukan kesahihannye aku telah mencari dlm internet hukum mencukur rambut bagi bayi...dan inilah hasilnye.....

'Di dalam Islam, amalan mencukur rambut bayi, menyembelih haiwan (akikah) dan memberinya nama pada hari ketujuh kelahirannya, hukumnya adalah sunat. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat'


tanpa membuang masa aku n hubby telah mengambil langkah untuk mencukur rambut syamil...payah jugaklah nak membotakkan syamil nie....sebab dia tak duduk diam......dari nak cukur kat bawah pokok tukar ke dlam rumah depan kipas...tak jadi jugak lama2 cukur dalam bilik air....maybe dia rimas rambut2 yang melekat kat tubuh dan muka dia.....itu pun tak boleh cukur licin ada bertapok2 jugak...



Sebelum


Selepas




aik macam sama jea.......



Wednesday, August 12, 2009

wajah-wajah ceria syamil.....

Syamil Syarafuddin dah pandai menyusur ke depan dan ke belakang.......klu letak atas tilam mmg tak lekat....tengok2 dah duk luar dari kawasan....so sepanjang aku bercuti.....sepanjang tulah aku dapat menjaga syamil n syasha...klu tak balik keje n cuti hujung minggu jelah....maybe dia tahu ibu dia ada selalu dengan dia...dan mengikut firasat aku itu sebab dia selalu tersenyum ceria........klu tak bangun pagi ibu n ayah pergi keje dah....petang baru nampak muka...betul tak syamil....?????? klu tak betul pun kira betul la tue...ok jom kita tengok wajah-wajah ceria syamil....



huhuhuhuhu......


heheheheheheh.....


hohohohohoho......


hihihihihihihi.......
.

hahahahahahah.......


cuti lama..........

Aku rasa lama sungguh tak UP DATE BLOG.........nak buat mcm mana aku agak busy 2 minggu lepas....mula2 mak aku datang dari Shah Alam lepas aku kena pergi mahkamah di Klang kerana aku kena sapina semasa aku kerja kat Jabatan Akauntan Negeri Selangor. seronok jumpa kawan-kawan lama...rindu rasanye....tapi biasalah mahkamah kena tangguh sokmo....sbb yang dituduh tidak hadir ke mahkamah...ikut hati malas rasanye nak pergi lagi tapi disebabkan dapat cuti free n blh klim tuntutan perjalanan....ikut kan sajalah....selepas itu aku kena pergi pula Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di INSPEN Bangi...kira aku dapat cuti free sebab boleh balik kg tanpa mengambil cuti rehat.....seronok rasanye bila cuti lama-lama nie....free jea rasa kepala otak....cuma pening kepala nak layan anak2 la pulak.....nenek diaorang pun malas nak layan......so nntikan kemunculan aktiviti2 sepanjang aku bercuti.......

On the way balik s.alam.....sempat posing lagi


sian shamil posing tengah panas


berehat di hentian maran

syasha poyo


sepanjang highway

pemandangan pokok jea....


syok sendiri


ayah tengah mengantuk nie...suruh posing dulu


syamil n ibu lak posing


on the way balik terengganu


berehat di hentian kuantan..kita makan dulu


posing....posing...n posing..


posing dalam keta....

suka sangat


Zzzzzzz....baru bangun tido.....